Description
Sinopsis
Telemovie ini mengisahkan dua cerita khabar angin iaitu kisah pangait dan pontianak yang kononnya berlaku di sebuah negeri di Pulau Borneo iaitu
Sabah di mana sehingga hari ini masih boleh menakutkan penduduk tempatan. Pangait kononnya adalah sebuah cerita mengisahkan kejadian-kejadian potong kepala yang berlaku di Sabah sejak awal 70an. Setiap kali ada pembinaan jambatan di Sabah, khabar angin kehadiran pangaitakan kedengaran. Pangait adalah orang yang diupah untuk mendapatkan kepala manusia untuk di tanam di tapak pembinaan jambatan baru. Kononnya jambatan yang di tanam dengan kepala tersebut akan membuatkan jambatan itu tahan lama dan tidak akan roboh.
Al kisah cerita ini bermula dengan satu kejadian kehilangan seorang kanak diculik oleh pangait di sebuah kampung masyarakat Kadazandusun yang terpencil. Pelbagai khabar angin bertiup sehingga menakutkan penduduk tempatan. Wilton dan Ednestha adalah dua pelajar Kadazandusun di tingkatan satu, mereka berkawan baik dan selalu pergi sekolah bersama sekumpulan pelajar. Walaupun mereka takut, tetapi Wilton dan Ednestha tetap tidak ponteng sekolah. Apabila pangait mencari mangsa seterusnya, pangait telah memilih Ednestha seorang anak yatim piatu yang baru kematian neneknya yang juga merupakan seorang bobolian. Apabila pangait gagal mendapatkan kepala Ednestha, pangait tidak putus asa dan mengamuk sehingga mahu menjadikan Wilton dan dua orang guru Ednestha iaitu Ridah dan Andy sebagai mangsanya..
Pontianak mengisahkan seorang perempuan bernama Surindai, berbangsa Dusun yang mengandung telah dibunuh dengan kejam dan mayat bayinya diambil oleh Janggi iaitu bomoh siam kepercayaan Ham Logor. Ham Logor adalah bekas teman lelaki Surindai. Surindai telah memutuskan hubungannya dengan Ham Logor dan berkahwin dengan orang lain setelah mendapat tahu Ham Logor seorang yang jahat dan banyak memaksa orang kampung menjual tanah mereka dengan cara kotor. beberapa tahun kemudian, sekumpulan pelajar iaitu Rosdi, Sumarli, Azmi dan Bryan yang sedang menjalankan kajian tentang gong telah melawat sebuah rumah Tangkob di akmpung Maang, kampung asal Surindai. Semasa mereka di Tangkob, Sumarli telah mencuri sebuah gong kecil sebagai cenderamata. dalam perjalanan balik ketika senja, tayar kereta kancil yang di pandu Azmi telah pancit di jalan kampung yang terletak tidak jauh dari tempat pembunuhan Surindai. Sumarli dan Bryan cuba mengelak dari membantu lalu maduk ke dalam hutan dengan memberi alasan hendak membuang air kecil. Azmi dan Rosli sedia maklum sikap malas Sumarli da Bryan yang suka curi tulang.
Semasa di dalam hutan Bryan yang membuang air kecil di sebuah pokok besar walaupun Sumarli telah melarang tetapi Bryan tidak peduli. Sumarli kemudian mengeluarkan gong kecil dari begnya dan mengetuk-ngetuk gong tersebut sambil menyanyi. Bryan ikut sekali dan mereka makan keropok bersama. Apabila Azmi dan Rosdi siap menukar tayar, mereka memanggil Sumarli dan Bryan. Sumarli dan Bryan kelam kabut meninggalkan tempat tersebut sehingga tertinggal gong. Dalam masa yang singkat pontianak telah muncul dan menumpang gong kecil tersebut. Sumarli kemudian telah berpatah balik untuk mengambil gong tersebut dan memasukkan ke dalam begnya. ikutilah kisah seterusnya dalam khabar angin dari borneo.