Description
Sinopsis
Alif, 11 tahun seorang kanak-kanak cacat yang tinggal dalam keadaan miskin bersama neneknya yang buta di kampung. Disebabkan terlalu merindui kasih sayang ibu, Alif mengambil keputusan melarikan diri ke Kuala Lumpur untuk mencari ibunya yang kini telahpun berkahwin dan dan hidup dalam keadaan serba kemewahan.
Dalam perjalanan mencari ibunya seorang diri di bandar Kuala Lumpur, sesuatu telah berlaku kepada Alif, sementara itu nenek Timah yang di tinggalkan
keseorangan di kampung amat kesunyian dan asyik bertitisan air mata juga mengalami malang apabila cedera parah ditimpa air panas.
Dapatkah nenek Timah diselamatkan? Sempatkah Alif menatap wajah ibunya?