
V1
Harum semerbak ketupat
Nenek kata sempat-sempat
Eh pergi kejutkan abang long
Katanya tak sabar sibuk nak balik kampung
Esok dah nak raya
Siap-siap baju baru
Beli pakai duit kutu
Eh bila nak masuk kereta
Semua sedia jalan panjang berjela
Esok dah nak raya
Chorus
Kecoh raya, kecoh malam raya
Kecoh raya, semua dah huru-hara
Riuh rendah seluruh keluarga
Gaduh-gaduh pakai baju apa
Hai meriah, kecoh-kecoh malam raya
Jangan lambat, besok kita dah nak raya
V2
Adik panggil alang suruh siap bakar lemang
Tolong kacau rendang semua tak nampak bayang
Eh cepatlah menolong janganlah termenung
Sibukkan baju kurung
Esok dah nak raya
Chorus
Kecoh raya, kecoh malam raya
Kecoh raya, semua dah huru-hara
Riuh rendah seluruh keluarga
Gaduh-gaduh pakai baju apa
Hai meriah, kecoh-kecoh malam raya
Jangan lambat, besok kita dah nak raya
Bridge
Ibu ayah siap sedia (siap apa)
Hai semua tunggu duit raya (duit tak ada)
Ramai-ramai dah tak sabar (tak sabar apa)
Nak beraya, jumpa semua, esok nak raya
Kecohnya raya