Yuna


Yunalis Zarai atau lebih dikenali sebagai Yuna Zarai oleh para peminatnya, merupakan seorang penyanyi Malaysia yang memperjuangkan muzik rock indie. Beliau amat dikenali sebagai satu-satunya penyanyi rock indie wanita yang bertudung terawal menghiasi industri muzik. Beliau memegang Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dengan Kepujian di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Shah Alam. Ketika ini Yuna telah menempa nama di luar negara dengan beberapa judul lagu berbahasa English yang semakin diminati ramai.