Menu Button

Hoorey Hoorey Kami Tak Bodoh 2

RM14.90

Sebuah Telemovie komedi, suspen, sedih dan mesej sesuai untuk anak-anak dan ibu bapa.

Barcode: 9 557119 004944
Type: VCD
Language: MALAY
Terbitan: HUI HVANG ENT. SDN BHD (FMC Music Sdn Bhd)
Edaran: HUI HVANG ENT. SDN BHD (FMC Music Sdn Bhd)

*Harga Termasuk GST

Currently available

SKU: Fmctm 03-1008-06

Sinopsis

Daniel meruoakan anak Datin Rahimah yang memang terkenal dengan kenakalannya. Dia juga degil dan sering melawan walaupun dengan gurunya sendiri. kenakalan juga menjadikan ditakuti oleh murid-murid lain. Adik kembarnya Fatin dan sepupunya yang juga kembar iaitu Muiz dan Ema menjadi orang ikutannya. Nak dijadikan cerita suatu hari itu, Datin Rahimah yang membelikan anak patung untuk Fatin telah bertukar beg yang juga berisi anak patung lelaki. Sudah pasti Fatin tidak mahu anak patung tersebut.

Datin Rahimah lantas memberikan kepada Daniel. Daniel memang tidak suka anak patung tersebut. Anak patung itu kemudian menjadi orang dan mengatakan namanya Hoorey. Pada mulanya Daniel takutkan Hoorey, tapi lama kelamaan Hoorey menjadi sahabatnya. Hoorey banyak membantu Daniel dan membuatkan berubah menjadi murid contoh. Ramai juga yang terkejut dengan perubahan mendadak Daniel.

Siapakah Hoorey yang sebenarnya? Benarkah Hoorey wujud atau hanya khayalan Daniel? Apakah pengakhiran cerita selanjutnya.. Semuanya terjawab dalam telemovie ini..